Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sticker apple_wiser

iPad Baharu Tidak Lagi Disertakan Pelekat Logo Apple

Diterbitkan Mei 9, 2024 oleh Amalina Athman

Model iPad Pro dan iPad Air baharu yang diumumkan minggu ini tidak lagi disertakan pelekat logo Apple dalam kotak pembungkusan.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Apple Lancar iPad Air Terbaru, Kini Dengan Varian 11 Inci Dan 13 Inci
  • iPad Pro Baharu Kini Dengan Skrin OLED Dan Cip Apple M4

Menurut memo yang diperoleh 9to5Mac, syarikat itu mengatakan bahawa langkah tersebut merupakan sebahagian daripada matlamat alam sekitarnya, dalam usaha memastikan pembungkusannya benar-benar bebas plastik.

Bagaimanapun, jika membeli iPad Pro atau iPad Air baharu daripada Apple Store, pengguna masih boleh mendapatkan pelekat logo Apple – atas permintaan pelanggan sahaja.

Apple juga tidak menyertakan pelekat dengan set kepala Vision Pro, tetapi model MacBook Air baharu yang dikeluarkan pada Mac masih disertakannya. Bermakna, syarikat itu masih dalam proses untuk menghapuskan pelekat secara beransur-ansur di dalam kotak produk terbaharunya.

Sebelum ini, Apple mengumumkan bahawa ia menyasarkan pembungkusan bebas plastik menjelang 2025.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY