Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
msi monster hunter wilds

MSI Tawar Hadiah Eksklusif Monster Hunter Wilds Dengan Pembelian Monitor Ini

Diterbitkan Februari 4, 2025 · Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Bersempena pelancaran Monster Hunter Wilds pada 28 Februari 2025, MSI mengumumkan promosi istimewa bermula 1 Februari di mana pemain kini berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif dengan pembelian monitor gaming terpilih dari MSI.

Monster Hunter Wilds menjanjikan pengembaraan epik, di mana pemain akan memburu raksasa gergasi dalam dunia liar yang menakjubkan. Untuk pengalaman permainan lebih imersif, MSI menawarkan monitor gaming berprestasi tinggi yang menampilkan teknologi terkini.

Berikut adalah monitor yang dicadangkan MSI untuk permainan terbaru itu:

MPG 272URX QD-OLED

  • Monitor 27 inci 4K QD-OLED pertama di dunia
  • 240Hz & 0.03ms untuk visual ultra-lancar
  • Teknologi OLED EL Gen 3 dengan MSI OLED Care 2.0

MPG 321URX QD-OLED (Disyorkan untuk Monster Hunter Wilds)

  • Kadar penyegaran 240Hz & 0.03ms masa respons
  • QD Premium Color & VESA DisplayHDR True Black 400
  • Gaming Intelligence App untuk kawalan lebih baik

MPG 274URF QD (Disyorkan untuk Monster Hunter Wilds)

  • Panel Rapid IPS 4K UHD
  • Kadar segar semula 160Hz & 0.5ms masa respons
  • Sokongan KVM untuk kawalan lebih lancar

Bermula 1 Februari hingga 31 Mac, setiap pembeli yang membeli monitor MSI terpilih akan menerima beberapa ganjaran menarik. Jika siri QD-OLED akan dapat kod permainan Monster Hunter Wilds (PC) + $30 dompet Steam.

Sementara siri monitor 4K pula akan menerima kod permainan Monster Hunter Wilds (PC).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik – https://my.msi.com/Promotion/monster-hunter-wilds-game-bundle.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • MSI Claw 8 AI+ Dan Claw 7 AI+, Kini Dengan Intel Lunar Lake
  • MSI Perkenal Monitor 'Gaming' QD-OLED 27" QHD 500Hz
  • MSI Lancar Barisan Papan Induk Baharu Dengan Ciri Terkini Untuk AMD Ryzen
  • MSI Perkenal Siri GeForce RTX 5090 Dengan Penyejukan Cecair

Sumber: siaran media MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pembeli Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
©2026 WISER.MY