Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Claw 8 AI+ Dan Claw 7 AI+, Kini Dengan Intel Lunar Lake

MSI Claw 8 AI+ Dan Claw 7 AI+, Kini Dengan Intel Lunar Lake

Diterbitkan Disember 4, 2024 oleh Rushsyafizal

MSI kembali dengan dua model baharu dalam siri konsol permainan mudah alih mereka, MSI Claw 8 AI+ dan Claw 7 AI+. Setelah model asal menerima kritikan tahun ini, versi terkini membawa pelbagai penambahbaikan, termasuk pemproses Intel Lunar Lake, hayat bateri yang lebih baik, dan reka bentuk yang lebih ergonomik.

MSI Claw 8 AI+ Dan Claw 7 AI+, Kini Dengan Intel Lunar Lake

Claw 8 AI+ dilengkapi skrin 8 inci (1920 x 1200), manakala Claw 7 AI+ menawarkan skrin 7 inci (1920 x 1080). Kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz, tetapi masih menggunakan panel LCD, bukan OLED seperti pesaing utama.

msi cla 8, 7

Untuk prestasi, model ini menggunakan Intel Core Ultra 7 dengan teknologi XeSS, yang membantu meningkatkan grafik sambil mengurangkan penggunaan kuasa. Hayat bateri turut dipertingkatkan, dengan kapasiti 80Wh untuk Claw 8 dan 54.5Wh untuk Claw 7. Sistem penyejukan Cooler Boost HyperFlow baharu juga memastikan suhu terkawal walaupun dalam mod kuasa 17W.

MSI Claw 8 AI+ Dan Claw 7 AI+, Kini Dengan Intel Lunar Lake
MSI Claw 8 AI+ Dan Claw 7 AI+, Kini Dengan Intel Lunar Lake

MSI memberi perhatian kepada ergonomik, dengan reka bentuk semula joystick, bumper, dan trigger, termasuk penggunaan teknologi Hall Effect untuk kawalan yang lebih tepat. Terdapat dua port Thunderbolt 4, menjadikan peranti ini serba guna sebagai PC mini.

Kedua-dua model ini akan mula dijual bermula 25 Disember. Harga Claw 8 AI+ ialah $900(~RM4,000), manakala Claw 7 AI+ dijual pada $800 (~RM3,566).

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Samsung Mungkin Perlihat Kaca Mata XR Pada Acara Galaxy Unpacked Januari 2025
  • iQOO 13 Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM3,499
  • Tune Protect Lancar Instant Travel Claims Payout – Tuntutan Mudah, Bayaran Segera Melalui DuitNow
  • Sistem mySIKAP, Portal JPJ Akan Tergendala Sementara Hujung Minggu Ini

Sumber: msi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY