Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
msi rtx 50

MSI Perkenal Siri GeForce RTX 5090 Dengan Penyejukan Cecair

Diterbitkan Januari 8, 2025 oleh Amsyar Latif

MSI dan NVIDIA melancarkan kad grafik terkini, NVIDIA siri GeForce RTX 50, pada CES 2025. Kad grafik ini menawarkan prestasi cemerlang, penyejukan inovatif, dan kawalan sistem berkuasa AI untuk memenuhi keperluan pemain, pencipta kandungan, dan profesional.

Dikuasakan oleh teknologi NVIDIA Blackwell, siri RTX 50 memberikan pengalaman grafik bertaraf tinggi dengan ciri seperti:

  • NVIDIA DLSS 4: Peningkatan prestasi melalui teknologi pembelajaran mendalam.
  • NVIDIA Studio: Alat kreatif untuk pencipta kandungan.
  • NVIDIA NIM Microservices: Memungkinkan pengguna dan pembangun mencipta pembantu AI dan aliran kerja yang lebih cekap.

GeForce RTX 5090 32G AIO Special Edition

Model ini dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair HydroCool, termasuk radiator 120mm dan saluran aliran udara lebih baik. Ciri tambahan seperti targeted memory cooling untuk kestabilan maksimum dan custom fan speed tuning bagi penyesuaian aliran udara dengan senyap dan cekap.

Dengan lima kipas STORMFORCE, kad grafik ini menawarkan penyejukan udara yang cemerlang. Teknologi FiveFrozr memastikan kawalan haba yang optimum untuk tugasan berat dan permainan video.

Selain itu, MSI turut memperkenalkan AI Robot, yang menggunakan teknologi NVIDIA ACE untuk kawalan sistem secara semula jadi. AI ini berfungsi secara luar talian dan diintegrasikan dengan MSI Afterburner dan MSI Center untuk penyesuaian profil prestasi, pengoptimuman penyejukan dan rekaan kulit sistem yang diperibadikan.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • MSI Claw 8 AI+ Dan Claw 7 AI+, Kini Dengan Intel Lunar Lake
  • MSI Perkenal Monitor 'Gaming' QD-OLED 27" QHD 500Hz
  • MSI Lancar Barisan Papan Induk Baharu Dengan Ciri Terkini Untuk AMD Ryzen
  • Kad Grafik NVIDIA Siri RTX 50 Rasmi, Peningkatan Prestasi Ketara

Sumber: siaran media MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY