Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
msi monitor ciri baru

Monitor OLED MSI Kini Hadir Dengan EOTF Boost Untuk Paparan Lebih Cerah

Diterbitkan Julai 15, 2025 oleh Amsyar Latif

MSI kini mengumumkan penambahan ciri baharu pada barisan monitor OLED mereka yang dikenali sebagai EOTF Boost. Fungsi ini merupakan mod HDR baharu yang boleh diaktifkan melalui menu OSD, seiring dengan mod HDR sedia ada seperti HDR True Black 400 dan HDR1000.

Apa yang membezakan EOTF Boost ialah keupayaannya untuk memberikan kecerahan lebih tinggi berbanding mod HDR1000, walaupun di bawah keadaan APL (Average Picture Level) yang sama. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang merasakan mod HDR1000 sebelum ini kurang terang atau tidak cukup menonjol dalam paparan warna.

Ciri ini hadir secara terbina dalam pada model terkini seperti MAG 272QP QD-OLED X50 dan model akan datang, MPG 271QR QD-OLED X50, yang dimuatkan dengan versi perisian tegar terkini. Pengguna boleh menikmati EOTF Boost terus dari kotak tanpa perlu kemas kini tambahan.

Bagi pengguna monitor OLED MSI yang lebih lama, MSI turut mengesahkan bahawa kemas kini perisian tegar akan dilancarkan secara berperingkat bermula Ogos 2025 bagi membawa sokongan EOTF Boost kepada model-model terdahulu.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • MSI Lancar PC Edisi Terhad Tema Toy Story Berharga ~RM11,660
  • MSI Lancar NVIDIA GeForce RTX 5050, GPU Bajet Dalam 3 Siri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY