Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Dedahkan Komputer Riba ‘Pertama Di Dunia’ Dengan Paparan Mini LED

MSI Dedahkan Komputer Riba ‘Pertama Di Dunia’ Dengan Paparan Mini LED

Diterbitkan April 7, 2020 ยท Dikemas kini April 9, 2020 oleh Amalina Athman

KEBANYAKAN komputer riba yang ada di pasaran pada masa kini masih mengekalkan penggunaan skrin LCD. Ini kerana, penggunaan skrin OLED akan meningkatkan kos pengeluaran, di mana paparan OLED yang besar akan lebih mahal berbanding paparan kecil yang terdapat pada telefon pintar.

Kini, menjadi yang pertama di dunia menggunakan paparan Mini LED, MSI hadir dengan komputer riba MSI Creator 17. Creator 17 mempunyai skrin bersaiz 17.3 inci dan resolusi 4K dengan kecerahan puncak lebih daripada 1,000 nit. Paparan ini turut hadir dengan gamut warna DCI-P3 dan sokongan HDR.

MIS Creator 17

Menurut laporan, Mini LED berfungsi hampir sama seperti panel OLED yang terdapat pada telefon pintar di mana ia boleh menghidup atau mematikan piksel secara individu dan menandingi teknologi yang terdapat pada skrin LCD.

Sebagai contoh, TV LCD yang mahal mempunyai keupayaan untuk mematikan lampu belakang di kawasan tertentu. Pada komputer riba, berbuat demikian biasanya memerlukan skrin yang tebal dan berat, tetapi Mini LED memberikan kecerahan yang cukup sehingga anda boleh mengaktifkan zon lampu latar pada komputer riba bersaiz normal.

Komputer riba ini didatangkan dengan cip pemprosesan 8 teras Intel Core-i7 10875H Comet Lake dan konfigurasi grafik dari Nvidia RTX2060 sehingga RTX2080 Super Max-Q.

Melengkapkan komputer riba Creator 17 adalah konfigurasi 16GB hingga 32GB RAM dan storan dalaman NVMe dari 512GB hingga 2TB. Terdapat slot micro SD untuk tambahan storan jika anda memerlukan akses atau pemindahan gambar dari kamera.

Dalam pada itu, MSI Malaysia mengesahkan Creator 17 akan dilancarkan tidak lama lagi, namun tiada harga yang didedahkan buat masa ini.

Sumber: UberGizmo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY