Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
motorola edge 40 pro

Motorola Lancar ‘Flagship’ Edge 40 Pro Dengan Kadar Segar Skrin 165Hz

Diterbitkan April 5, 2023 oleh ariff bukhari

Motorola kembali dengan model telefon pintar terbaru flagship mereka iaitu Motorola Edge 40 ro di mana ia merupakan kesinambungan daripada siri Edge 30 Pro yang telah dilancarkan mereka pada tahun 2022 dahulu.

Kini dengan spesifikasi yang dipertingkatkan, motorola edge 40 pro dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 dan dilengkapi dengan 12GB LPDDR5X RAM serta pilihan storan terbina 256GB dan 512GB.

Untuk paparannya pula, ia menggunakan skrin borderless bersaiz 6.67 inci FHD+ pOLED dengan kadar segar 165Hz yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus.

Ia juga dilengkapi dengan kamera utama  50MP dengan ciri penstabilan imej optikal (OIS), 50MP kamera ultra lebar dengan ciri  Macro Vision serta kamera potret 12x telephoto 12MP.

Untuk swafoto pula, ia dilengkapi kamera hadapan 60MP dengan ciri pemprosesan AI Snapdragon Cognitive Image Signal.

motorola edge 40 pro
Motorola Edge 40 Pro dimuatkan dengan bateri 4600mAh yang turut menyokong ciri pengecasan tanpa wayar 15W dan ciri perkongsian pengecasan tanpa wayar 5W.

Malah Motorola juga meningkatkan keupayaan kuasa pengecas kepada 125W TurboPower yang disertakan bersama peranti.

Motorola edge 40 pro dijual dengan harga bermula dari €899.99 (~RM4332) yang akan tiba untuk pasaran Eropah sedikit masa lagi dengan diikuti pula pasaran Amerika Latin.

Berkaitan

  • Motorola Lancarkan Edge 30 Pro Untuk Global, Edge Plus 2022 Pula Untuk AS
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • realme 10 Pro 5G Edisi Coca-Cola Rasmi Di Malaysia Pada 12 April Ini

Sumber: Motorolanews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY