Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Motorola edge plus 2022

Motorola Lancarkan Edge 30 Pro Untuk Global, Edge Plus 2022 Pula Untuk AS

Diterbitkan Februari 25, 2022 ยท Dikemas kini Februari 25, 2022 oleh Faiz Munir

Motorola telah melancarkan Edge 30 Pro iaitu peranti andalan pertama untuk tahun ini di pasaran global. Edge 30 Pro ini adalah penjenamaaan semula daripada Edge X30 yang telah dilancarkan di pasaran China dan menjadi telefon pertama yang dijana Snapdragon 8 Gen 1.

Walau bagaimanapun, peranti ini mempunyai nama lainnya pula untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) iaitu Edge Plus 2022. Peranti ini masih lagi sama dengan Edge 30 Pro tetapi terdapat sedikit kekurangan iaitu pada pengecasannya.

Motorola Lancarkan Edge 30 Pro Untuk Global, Edge Plus 2022 Pula Untuk AS

Motorola Edge 30 Pro menyokong pengecasan pantas 68W, manakala Edge Plus 2022 ini akan menyokong 30W sahaja. Perkara ini mungkin masalah besar untuk pengguna AS kerana di sana tiada banyak saingan peranti yang membekalkan pengecasan pantas.

Jika kita lihat, Apple tidak menyokong pengecasan pantas sehingga 30W. Samsung pula menyokong sehingga 45W namun ia tidak banyak beza, hanya 4 minit lebih pantas daripada pengecasan 25W mereka. Jadi, Motorola memberikan pengecasan 30W ini masih relevan untuk pengguna di AS.

Screenshot 2022-02-25 101714

Untuk spesifikasi lain masih lagi sama iaitu dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1, skrin berukuran 6.7 inci FHD+ jenis P-OLED, kadar segar semula 144Hz, sistem 3 kamera 50MP utama, 50MP ultra lebar, 2MP depth dan 60MP swafoto.

Screenshot 2022-02-25 101508

Motorola Edge Plus 2022 ini akan didatangkan 2 pilihan warna iaitu Cosmos Blue dan Stardust White dan akan dijual dengan harga $999.

Sumber: GSMArena

Baca juga:

  • realme narzo 50 Dilancarkan, Fokus ‘Gaming’ Untuk Peranti Kelas Pertengahan
  • OPPO Find X5 Pro Rasmi – Kamera Hasselblad, MariSilicon X, Dua Sensor 50MP
  • Mungkin Ini Rupa Google Pixel 7 Dan 7 Pro, Ada Sedikit Beza Pada Kamera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY