Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Moto Razr 40 Ultra Boleh Menjalankan Windows XP

Moto Razr 40 Ultra Boleh Menjalankan Windows XP

Diterbitkan Jun 3, 2025 oleh ariff bukhari

Seorang pengguna Reddit bernama Constant_Vehicle7539 dengan telefon lipatnya, Moto Razr 40 Ultra. telah melakukan satu eksperimen yang boleh dianggap sebagai gabungan nostalgia dan inovasi apabila berjaya menjalankan sistem operasi Windows XP pada telefon pintar tersebut.

Apabila telefon ini dibuka separuh, ia kelihatan seperti sebuah komputer riba kecil, lengkap dengan paparan sistem Windows dan papan kekunci sentuh.

Moto Razr 40 Ultra Boleh Menjalankan Windows XP
Windows XP yang dijalankan dalam telefon lipat ini menggunakan emulator Vectras VM QEMU. Ia juga menyokong pelbagai versi Windows lainlah termasuk Windows 11.

Moto Razr 40 Ultra dilancarkan pada Jun 2023 lalu. Ia dilengkapi skrin AMOLED 6.9 inci dan dikuasakan pemproses Snapdragon 8+ Gen 1.

Manakala Windows XP pula adalah sistem operasi yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001 dahulu. Sokongannya telah ditamatkan Microsoft pada April 2014.

Moto Razr 40 Ultra Boleh Menjalankan Windows XP

Walaupun tiada imej yang menunjukkan ia berfungsi sepenuhnya, tapi daripada beberapa imej telah dikongsikan menunjukkan skrin permulaan dan proses pemasangan sistem operasi pada telefon itu.

Eksperimen ini bukan sahaja menonjolkan potensi teknologi moden, tetapi juga menghidupkan semula kenangan bagi mereka yang pernah menggunakan Windows XP.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Elak Masalah Sambungan, Microsoft Wajibkan USB-C Standard Untuk 'Laptop' Windows Baharu
  • Apple 'Reject' Hampir 2 Juta Aplikasi Pada 2024, Ini Puncanya

Sumber:  Yanko Design

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
  • Tak Perlu Keluarkan Telefon, Jepun Uji Teknologi Baharu Untuk Naik Tren
  • Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu Bermula RM125 - Tiket Mula Dijual Pertengahan November
  • Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
©2026 WISER.MY