Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Label USB baru

Elak Masalah Sambungan, Microsoft Wajibkan USB-C Standard Untuk ‘Laptop’ Windows Baharu

Diterbitkan Jun 3, 2025 · Dikemas kini Jun 3, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft akan mula mewajibkan penggunaan standard USB-C yang seragam bagi semua komputer riba yang menjalankan sistem operasi Windows 11 bermula dengan versi 24H2.

Sebelum ini, pengeluar bebas untuk menentukan sendiri fungsi dan prestasi port USB-C dengan tidak perlu patuh sepenuhnya pada spesifikasi teknikal sedia ada.

Akibatnya, pengguna sering berdepan masalah seperti skrin monitor yang tidak berfungsi walaupun sudah disambungkan melalui kabel USB-C.

Ini kerana tidak semua kabel atau port menyokong penuh fungsi seperti pengecasan pantas, penghantaran data laju, atau sambungan ke paparan.

Jadi bagi atasi kekeliruan ini, Microsoft kini akan mewajibkan pengeluar PC untuk mematuhi spesifikasi minimum melalui program Windows Hardware Compatibility Program (WHCP).

USB-C capabilities WHCP
Jadual keupayaan yang diperlukan oleh WHCP untuk sistem Windows mudah alih.

Untuk mendapatkan pengiktirafan WHCP ini, Pengeluar perlu menjalani ujian khas menggunakan Windows Hardware Lab Kit (HLK).

Microsoft menyatakan, dengan mematuhi keperluan spesifikasi yang ditetapkan, pengguna tidak lagi perlu risau tentang sambungan yang gagal atau tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Setiap port USB-C di laptop yang diperakui mesti menyokong pengecasan melalui USB Power Delivery, jadi pengecasan akan sentiasa pantas dan konsisten.

Jika anda sambung monitor melalui USB-C, ia dijamin berfungsi dengan baik kerana port tersebut perlu lulus pensijilan VESA dan menyokong DisplayPort Alt Mode.

Selain itu, laptop akan menggunakan pemacu (driver) rasmi dari Microsoft, jadi semua kemas kini keselamatan dan ciri baharu akan dihantar terus melalui Windows Update, menjadikan peranti lebih selamat dan sentiasa dikemas kini secara automatik.

Berkaitan

  • Kelajuan USB-C iPhone 16 Masih Perlahan Seperti USB 2.0 24 Tahun Dulu
  • Label USB Kini Dalam Logo, Ikon Baharu - Lebih Jelas Untuk Kenal Dan Faham
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY