Pengeluar telefon pintar kini semakin sukar untuk
menonjolkan produk mereka. Apa yang boleh mereka lakukan?
Kebanyakkan dari mereka terjebak dengan taktik lama iaitu
menuding jari kepada pihak yang lain untuk mendapatkan perhatian.
Moto yang dahulunya dikenali sebagai Motorola, menjadi
syarikat pertama tahun ini menggunakan taktik tersebut. Mereka menuduh Samsung
menciplak ciri paparan “sentiasa menyala” mereka. Di dalam satu tweet, syarikat
berpengkalan di Amerika Syarikat itu menggunakan kata kiasan “Galaxy” sebagai
merujuk kepada Samsung. “Di galaksi mana yang tidak mengapa untuk mencuri ciri
telefon pintar pesaing?” tanya tweet tersebut.
In what galaxy is it okay to steal competitor phones’ cool features? #TheOriginalAlwaysOnDisplay #motozdroid pic.twitter.com/T75byy5bIx
— Moto US (@Moto_USA) August 18, 2016
Model terbaharu Galaxy Note 7 berada dipasaran pada Jumaat
yang lalu. Telefon pintar tersebut membolehkan pengguna untuk membiarkan skrin
memaparkan fungsi jam ataupun notifikasi tanpa perlu mengunci peranti.
Cirian “sentiasa menyala” itu menjadikan Moto X, telefon
pintar keluaran Moto sebagai sebuah peranti yang hangat dipasaran pada 2013. Oleh yang demikian, Moto terpaksa
mengungkit kisah lama. Tetapi Moto masih tidak dapat mengesahkan bahawa mereka
merupakan pencipta pertama ciri itu kerana ciri tersebut tampil buat pertama
kalinya pada telefon pintar Lumia keluaran Nokia.
Walaubagaimanapun, Samsung masih belum membuat apa-apa
kenyataan balas kerana akaun Twitter mereka sedang sibuk mempromosikan Galaxy
Note 7.
Berkaitan
- DJI Mavic 2 Pro Dan Mavic 2 Zoom Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM6599 dan RM5699
- Penilaian DxOMark Kamera Pixel 2 Kalahkan iPhone 8 Plus Dan Galaxy Note 8
- Jangan Pelik, Monorel Di China Dibina Dengan Rekaan Tergantung
- Asus ZenBook S13 - Bezel Paparan Ternipis Di Dunia
- Mi 9 Habis Terjual Hanya Dalam Masa 53 Saat Di China
- Samsung Galaxy Tab S4 Dilancarkan Secara Rasmi
- P50 Pocket, 'Lipatan' Terbaru Dari Huawei
- Vivo Y93 Sudah Mula Dijual Dipasaran Pada Harga RM599
- Google Umum Project Stream, Permainan Video Boleh Dimainkan Pada Chrome
- Bilik Pameran Kereta Seakan-Akan Mesin Layan Diri Ini Berada Di Singapura