Mi 9 Habis Terjual Hanya Dalam Masa 53 Saat Di China

Pengguna tempatan yang meminati produk Xiaomi pastinya ternanti-nanti kehadiran flagship terbaru mereka, Mi 9.

Antara peranti terawal yang diperkenalkan dilengkapi Snapdragon 855, tanda harga yang diletakkan pada peranti ini juga boleh dikatakan antara daya penarik untuk memilikinya.

  • RAM 6GB/128GB – 2,999 yuan (~RM 1815)

  • RAM 8GB/128GB – 3299 yuan (~RM 1997)

  • RAM 12GB/256GB (Transparent Edition) – 3999 yuan (~RM2421)




Ini dibuktikan dengan penjualan bagi pasaran China dimana, Mi 9 telah habis terjual hanya dalam masa 53 saat pada jualan kilat di negara tembok besar itu.

Desas-desus sebelum ini menyatakan Mi 9 sudah melepasi pengesahan SIRIM dan ia memberi gambaran, penawaran bakal dibuat tidak lama lagi.

Adakah Mi 9 akan mendapat sambutang hangat seperti di China, sama-sama kita nantikan.

Sumber: Weibo