Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penilaian DxOMark Kamera Pixel 2 Kalahkan iPhone 8 Plus Dan Galaxy Note 8

Penilaian DxOMark Kamera Pixel 2 Kalahkan iPhone 8 Plus Dan Galaxy Note 8

Diterbitkan Oktober 5, 2017 ยท Dikemas kini Oktober 5, 2017 oleh Helmi Samsuri

Berdasarkan penilaian DxOMark, telefon generasi kedua Google, Pixel 2 dilengkapi dengan kamera yang lebih bagus menewaskan iPhone 8 Plus dan Samsung Galaxy Note 8.

DxOMark bertindak sebagai pengulas untuk sistem kamera telah menjalankan ujian terhadap peranti Pixel 2 dengan menguji sejumlah 1500 imej dan video berdurasi 2 jam. Hasil ujian tersebut telah melayakkan Pixel 2 mendapat 98 markah, sekaligus meninggalkan iPhone 8 Plus dan Galaxy Note 8 yang terikat di tangga kedua dengan 94 markah.

Buat pengetahuan anda, Pixel 2 hanya tampil dengan satu lensa kamera sahaja, tidak seperti iPhone 8 Plus dan Galaxy Note 8 yang mempunyai dwin lensa kamera.

Menurut DxOMark lagi, Pixel 2 dan Pixel 2 XL mempunyai keupayaan autofokus yang “terbaik”, dan keseimbangan putih yang “sangat bagus”, menjadikannya kamera peranti terbaik dipasaran setakat ini. Walaubagaimanapun masih terdapat kekurangan seperti masalah suar, berkilau dan beberapa butiran hilang apabila zoom digunakan.

Bagi iPhone 8 Plus, ia mempunyai kesan “bokeh” yang terbaik tetapi sedikit bermasalah pada autofokus.

Sementara itu, Galaxy Note 8 pula cemerlang dari segi fungsi zoom dimana ia berkebolehan untuk 4 kali zoom dengan gangguan (noise) yang rendah. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan autofokus yang pantas dan ketepatan dari segi kecerahan dan warna yang terang. Kekurangan kamera Note 8 adalah efek bokeh yang kadang kala tidak kelihatan walaupun fungsi itu sudah dihidupkan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY