Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HUAWEI P50 Pocket Dual-Ring Design

P50 Pocket, ‘Lipatan’ Terbaru Dari Huawei

Diterbitkan Disember 23, 2021 oleh Helmi Samsuri

Huawei hari ini secara rasminya mengumumkan kedatangan telefon boleh lipat terbaru, Huawei Pocket 50. Lipatan kali ketiga selepas Huawei Mate X dan Huawei Mate X2 ini datang dengan rekaan ‘flip’ dan boleh kita andaikan sebagai pesaing terus kepada Samsung Galaxy Flip 3.

HUAWEI P50 Pocket White (1)

Seperti yang anda lihat, Huawei membawa rupa bentuk sama seperti Huawei P50 Pro tetapi perbezaan terbesar adalah ia boleh dilipat. Dibahagian luar terdapat skrin bulat berukuran 1 inci sementara bersebelahan dengannya adalah kamera 40MP+13Mp+32MP. Rakaman hadapan pula digalas oleh kamera selfie 10.7MP.

Apabila lipatan dibuka, telefon ini menghidangkan skrin paparan 6.9 inci dengan nisbah 21:9 dan menawarkan kadar segar semula 120Hz. Dari segi pemprosesan pula, Huawei mempertaruhkan cip Snapdragon 888, storan 512GB, RAM12GB dan imbasan cap jari pada butang kuasa.

HUAWEI P50 Pocket Premium Edition (2)

Janaan kuasa pula ditagih daripada bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 40W. Turut ditawarkan sekali adalah edisi Premium dengan warna emas. Harga jualan di China diletakkan pada paras ~RM5900 sehingga ~RM7200.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY