Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Umum Project Stream, Permainan Video Boleh Dimainkan Pada Chrome

Google Umum Project Stream, Permainan Video Boleh Dimainkan Pada Chrome

Diterbitkan Oktober 2, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 2, 2018 oleh Helmi Samsuri

Menerusi pemberitahuan dari blog rasmi, Google telah mengumumkan Project Steam, perkhidmatan yang membolehkan pengguna melakukan penstriman permainan video dari pelayar web, Google Chrome.

“Kami telah mengusahakan Project Stream, ujian teknikal untuk menyelesaikan beberapa cabaran terbesar dalam penstriman” ujar Google pada pengumuman tersebut.

Permainan pertama yang akan dimainkan pada perkhidmatan ini adalah Assasin’s Creed Odyssey yang mana akan dilancarkan pada Jumaat ini.

Ujian bagi Project Stream hanya terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat yang berusia 17 tahun keatas. Selain itu, sambungan internet perlulah berkelajuan 25 Mbps.

Melalui perkhidmatan penstriman ini, pemain mampu memainkan permainan video dengan resolusi 1080p pada kadar 60fps.

Project Stream merupakan servis penstriman hasil kerjasama antara Google dan Ubisoft.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY