Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Pelik, Monorel Di China Dibina Dengan Rekaan Tergantung

Jangan Pelik, Monorel Di China Dibina Dengan Rekaan Tergantung

Diterbitkan Julai 26, 2017 · Dikemas kini Julai 26, 2017 oleh Helmi Samsuri

Bandar Qingdao di China nampaknya telah menerima satu kemudahan awam iaitu pengangkutan monorel tergantung.

Ia merupakan sistem monorel tergantung kedua di negara itu selepas bandar Chengdu memperkenalkan monorel tergantung pada November tahun lalu dengan rekaan ‘Panda‘. Difahamkan monorel tergantung di Qingdao ini adalah tren tergantung terpantas dengan kelajuan 70 km/j.

Jangan Pelik, Monorel Di China Dibina Dengan Rekaan Tergantung

Monorel itu telah pun menjalani peringkat ujian pada hari Khamis yang lalu dan menurut syarikat yang bertanggungjawab membinanya, CRRC Qingdao Sifang, monorel tergantung ini lebih…

  • murah dibina,
  • mesra alam, dan
  • tempoh pembinaan yang pendek

…jika dibandingkan dengan sistem tren yang biasa. Ia sangat sesuai di bina pada kawasan yang mempunyai pemandangan yang menarik. Perkhidmatan ini mampu menampung sehingga 510 orang penumpang dengan 5 buah gerabak yang bergerak secara tergantung 5 meter dari tanah.

Jangan Pelik, Monorel Di China Dibina Dengan Rekaan Tergantung

Sedikit informasi menarik tentang sistem monorel/tren tergantung

  • Pertama sekali dibina di Cheshunt, England pada 25 Jun 1825
  • Dizaman moden ini, China merupakan negara ke-3 mengetengahkan teknologi tren tergantung selepas Jerman dan Jepun.
  • Monorel “Panda” di China merupakan yang pertama dijana dengan bateri lithium. Jerman dan Jepun menggunakan elektrik bervoltan tinggi.
Jangan Pelik, Monorel Di China Dibina Dengan Rekaan Tergantung
Monorel tergantung di Chengdu dengan konsep Panda

 

Jangan Pelik, Monorel Di China Dibina Dengan Rekaan Tergantung
Tren tergantung di Jepun

 

New Picture 6_thumb[3]
Tren tergantung di Jerman

Sumber: Shanghaiist

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY