Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bilik Pameran Kereta Seakan-Akan Mesin Layan Diri Ini Berada Di Singapura

Bilik Pameran Kereta Seakan-Akan Mesin Layan Diri Ini Berada Di Singapura

Diterbitkan Mei 16, 2017 oleh Helmi Samsuri

Negara jiran Singapura merupakan sebuah negara pulau yang kecil dari segi saiznya.

Oleh kerana kemajuan yang dikecapi, banyak pembangunan telah dilaksanakan dan menyebabkan ruang hartanah begitu terhad disana.

Jadi jika anda syarikat penjual kereta mewah, bagaimana cara untuk anda mempamerkan kereta-kereta tersebut pada ruang hartanah yang terhad?

Bilik pameran bertingkat seakan-akan mesin layan diri (vending machine) pastinya jawapan terbaik bagi masalah itu.

Autobahn Motors, syarikat yang menjual kereta-kereta mewah telah menggunakan konsep bilik pameran bertingkat yang mana ia mampu dilihat dari jarak yang jauh.

inside-AIMs-by-ABM-2

Seperti melihat rak yang penuh dengan model kereta mainan!

The World’s Largest Luxury Car “Vending Machine”

Bangunan tersebut mampu memuatkan sehingga 60 buah kereta mewah dan antara model yang dipamerkan adalah:

  • Ferrari

  • Bentley

  • Porsche

  • Maserati

  • Lamborghini

Menariknya urusan jual beli disini adalah menggunakan tablet dan aplikasi khas.

Setelah itu pembayaran dibuat, kereta akan dihantar kepada pembeli dalam masa 2 minit menerusi sistem penghantaran ‘Fishbone’.

Mungkin ada diantara ada yang berminat untuk berkunjung ke bilik pameran bertingkat ini boleh pergi ke  20 Jalan Kilang Singapura 159418.

Sumber: Autobahn Motors Singapore

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY