Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anthony Loke_Parlimen 0711 pagi

APAD Keluar Larangan Sementara Penggunaan Soket Dalam Bas Ekspres – Loke

Diterbitkan November 7, 2024 oleh Amalina Athman

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan larangan sementara penggunaan soket dalam semua bas ekspres, sehingga siasatan berhubung insiden seorang remaja maut terkena renjatan elektrik ketika menggunakan peralatan itu, selesai dijalankan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata larangan sementara itu bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kemalangan tersebut.

Kita juga ada dapatkan khidmat nasihat Suruhanjaya Tenaga (ST)…dan kalau ada apa-apa penambahbaikan perlu dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan, kita bersedia bekerjasama dengan ST untuk melihat balik SOP yang perlu kita laksanakan sebelum pendawaian atau penggunaan soket ini dibenarkan dalam bas ekspres.

Loke berkata ketika ini pemeriksaan terhadap soket itu tidak dimasukkan sebagai sebahagian daripada proses pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Untuk bas ini, dia ada coach builder masing-masing dan memang setakat ini dalam pemeriksaan Puspakom dan sebagainya, soket tak dimasukkan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan tersebut.

Sementara itu, menjawab mengenai keselamatan penggunaan soket yang terdapat dalam kapal terbang, Loke berkata soket di dalam pesawat dan kereta api mempunyai piawaian tersendiri dan penumpang tidak perlu bimbang untuk menggunakannya.

Berkaitan

  • Motosikal Baharu 150cc Ke Atas Perlu Dilengkapi ABS Mulai Tahun Depan
  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Remaja Maut Kena Renjatan Elektrik Ketika Cas Telefon Dalam Bas Ekspres
  • Pasukan Petugas Khas Siasat Kes Remaja Maut Kena Renjatan Elektrik Dalam Bas

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY