Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ujian memandu_AWANI

MOT Kaji Cadangan Wujud Pusat Latihan Memandu Bertingkat

Diterbitkan Disember 10, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mengkaji cadangan untuk mewujudkan pusat latihan memandu bertingkat, bagi menangani isu tunggakan permohonan latihan memandu yang semakin meningkat di ibu negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata cadangan berkenaan memerlukan kajian terperinci untuk menilai kesesuaian dan kebolehlaksanaan elemen latihan memandu seperti latihan belajar, berhenti dengan selamat, mendaki dan menuruni bukit, serta komponen lain yang perlu disediakan dalam struktur bangunan bertingkat.

Memang terdapat cadangan terbabit yang telah diberikan kepada kami lengkap dengan reka bentuk serta struktur bertingkat, namun kami dalam proses mengkaji kesesuaian lokasi dan impaknya terhadap keberkesanan projek ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan sama ada kerajaan mempertimbangkan permohonan daripada pihak yang mengendalikan institut memandu untuk beroperasi di kawasan lebih kecil atau bangunan bertingkat bagi tujuan latihan memandu.

Menurutnya lagi, kajian itu turut menilai kesesuaian pelaksanaan bagi memastikan cadangan berkenaan memenuhi piawaian keselamatan dan keberkesanan dalam menghasilkan pemandu yang kompeten.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Kerajaan Tak Akan Kaji Semula Pelaksanaan Cukai Jalan Digital - Loke
  • MOT Terbuka Untuk Nilai Semula Perkhidmatan e-Hailing Motosikal
  • Pemilik Perlu Peka Pengumuman Panggilan Semula Kenderaan Untuk Pemeriksaan - Loke

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY