Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOSTI AI

MOSTI Bangunkan Kod Etika, Tadbir Urus Teknologi AI

Diterbitkan Oktober 11, 2023 ยท Dikemas kini Oktober 11, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia, wakil agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi serta pihak industri sedang membangunkan kod etika dan tadbir urus teknologi kecerdasan buatan (AI).

Berkaitan

  • MOSTI: Tiket Percuma Ke PSN, Planetarium Negara Untuk Lawatan Rasmi
  • Kerajaan Teliti Keperluan Kerangka Kawal Selia Teknologi AI

Menterinya, Chang Lih Kang berkata kod etika dan tadbir urus itu akan menjadi asas kepada pengawalseliaan AI dalam negara dan dijangka siap pada tahun 2024.

Dalam masa yang sama, MOSTI juga sedang meneliti keperluan mewujudkan rangka kerja perundangan dan Akta AI.

Selain itu, Chang memaklumkan Jabatan Standard Malaysia (JSM) telah menubuhkan Jawatankuasa Cermin Kebangsaan bagi menghasilkan standard/piawaian AI kebangsaan.

Tambahnya, penggunaan piawaian dan perundangan adalah saling melengkapi di antara satu sama lain. Kebergantungan kepada aspek perundangan semata-mata di dalam pengawalan dan pemantauan teknologi AI, akan merencatkan inovasi teknologi itu.

Sumber: Chang Lih Kang

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY