Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pusat Sains Negara Planetarium

MOSTI: Tiket Percuma Ke PSN, Planetarium Negara Untuk Lawatan Rasmi

Diterbitkan Julai 4, 2023 ยท Dikemas kini Julai 4, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan tiket percuma ke Pusat Sains Negara (PSN) di Kuala Lumpur dan Cawangan Wilayah Utara, serta Planetarium Negara bagi lawatan rasmi pendidikan murid sekolah.

Berkaitan

  • Menteri MOSTI Lancar Troli Beli-Belah Pintar Dan Berteknologi Tinggi
  • MOSTI Lancar MySTI Dan MCY Summit 2023 Untuk Galak Inovasi Tempatan

Menurut MOSTI, langkah ini sebagai usaha bagi menjayakan dasar kerajaan untuk mendekatkan sains dan teknologi, selain menyemai minat pelajar untuk subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Di PSN, ia menawarkan pengalaman sains dan teknologi di galeri pameran dalaman dan zon pameran luar dengan pelbagai barangan pameran dan aktiviti. Antaranya adalah berkaitan sains fizik, sains hayat, sains aeronautik, sains angkasa dan sebagainya.

Sementara itu, Planetarium Negara menyediakan sesi demonstrasi sains serta pengalaman astronomi dan sains alam angkasa lepas.

Namun, ketika ini, Planetarium Negara masih dalam proses pembaikan dan dijangka akan dibuka semula kepada pengunjung pada Ogos kelak.

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY