Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_d

Kerajaan Teliti Keperluan Kerangka Kawal Selia Teknologi AI

Diterbitkan Ogos 1, 2023 · Dikemas kini Ogos 1, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan kerangka kawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengatasi masalah etika penggunaan berkaitan teknologi itu.

Berkaitan

  • AI Photoshop Kini Lebih Berkuasa Dengan Ciri 'Generative Expand'
  • Aplikasi ChatGPT Untuk Android Kini Tersedia Di Malaysia

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pewujudan kerangka itu akan membantu kerajaan memahami beberapa cabaran penggunaan AI memandangkan ia merupakan satu teknologi baharu. Tambahan pula, lebih ramai pengguna telah menggunakan aplikasi AI ketika ini.

Dalam pada itu, bagi meningkatkan pemahaman rakyat terhadap AI, beliau turut mencadangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mewujudkan program khas dengan mengundang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai tetamu untuk mengulas mengenai AI dalam bahasa Melayu.

Jelasnya, perkembangan bahasa perlu selaras dengan kemajuan teknologi bagi memastikan setiap teknologi baharu mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY