Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOSTI Ajak Orang Ramai Memeriahkan Hari Terbuka Putrajaya 2023

MOSTI Ajak Orang Ramai Memeriahkan Hari Terbuka Putrajaya 2023

Diterbitkan Februari 17, 2023 · Dikemas kini Februari 17, 2023 oleh ariff bukhari

Kena dengan masanya iaitu cuti sekolah yang sudah pun bermula, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengajak orang ramai untuk berkunjung dan memeriahkan Hari Terbuka Putrajaya 2023 yang akan bermula dari 2 hingga 5 Mac 2023.

Hari Terbuka Putrajaya 2023 ini diadakan bersempena dengan Ulangtahun Penubuhan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang ke 27 Tahun.

Sepanjang hari terbuka itu, terdapat pelbagai acara dan aktiviti-aktiviti menarik yang akan dapat dinikmati para pengunjung.

Antaranya adalah pelancaran Sistem OSC PPj 4.0 dan Sistem Coins 2.0, pelancaran Kad Diskaun Istimewa perkhidmatan Bas Nadi Putra 30 dan Nadi 10 dan Siaran Langsung Forum Perdana Hal Ehwal Islam pada malam 2 Mac dengan kerjasama Bank Islam, RTM dan JAKIM.

Selain itu, terdapat pelbagai kaunter utama dibuka untuk kemudahan urusan orang ramai seperti kaunter- kaunter khidmat awam daripada kementerian dan agensi awam, kaunter diskaun saman PDRM, kaunter diskaun saman dan kompaun PPj, pemeriksaan kesihatan percuma daripada KKM dan klinik swasta serta banyak lagi.

Pameran-pameran menarik seperti dari Palof (Putrajaya Animal Lovers Showcase) dan persembahan serta pertunjukan kesenian dan kebudayaan turut akan dipersembahkan.

Jadi jom beramai-ramai memeriahkan Hari Terbuka Putrajaya 2023 ini yang akan berlangsung di Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Dataran Putarjaya Presint 3.

Hari Terbuka Putrajaya 2023

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Daiwa IM Z LIMITBREAKER, 'Reel' Joran Pintar Untuk Si Kaki Pancing
  • Laporan Ketua Audit Negara: Akaun 'Super Admin' Muat Turun 3 Juta Maklumat Aplikasi MySejahtera
  • Muat Turun 'Game' Strategi Perang Berharga RM36 Ini Secara Percuma Sekarang

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY