Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mysejahtera (2)

Laporan Ketua Audit Negara: Akaun ‘Super Admin’ Muat Turun 3 Juta Maklumat Aplikasi MySejahtera

Diterbitkan Februari 16, 2023 oleh Amalina Athman

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 pada hari ini mengesahkan terdapat cubaan dari satu akaun ‘Super Admin‘ yang telah melakukan akses mencurigakan dan memuat turun 3 juta maklumat penerima vaksin daripada aplikasi MySejahtera.

Berkaitan

  • Pelantikan Pembangun Aplikasi MySejahtera Tidak Mengikut SOP - PAC
  • Tempahan Janji Temu Kesihatan Kini Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi MySejahtera
  • Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula

Dinyatakan, semakan Audit mendapati aktiviti tersebut bermula 28 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021 dengan menggunakan pelbagai alamat IP seperti dalam jadual di bawah.

senarai alamat IP

Seterusnya, semakan lanjut melalui data pengguna bagi urusan pentadbiran aplikasi MySejahtera mendapati akaun Super Admin berkenaan mengakses capaian bagi Vaccine Admin aplikasi MySejahtera.

Untuk makluman, capaian Vaccine Admin membolehkan pengguna untuk memuat naik/turun janji temu vaksinasi, pengecualian vaksin dan rekod vaksinasi daripada Excelke dalam pangkalan dara MySejahtera secara pukal/individu, mengemas kini dan menghapus rekod janji temu vaksinasi serta membuat semakan rekod vaksinasi.

Walau bagaimanapun, pihak Audit tidak dapat mengesahkan medan data yang dimuat turun dari aplikasi MySejahtera.

KKM sahkan insiden muat turun data pengguna

Sementara itu, pihak KKM turut mengesahkan insiden itu yang diminitkan di dalam Minit Mesyuarat Keselamatan MySejahtera Bil 1 Tahun 2022. Pihak pembekal menyatakan bahawa pada 28 Oktober 2021, akaun Super Admin yang telah diberi kelulusan pendaftaran oleh pihak KKM telah disalahguna.

Sebagai langkah pencegahan KKM juga telah mengambil tindakan sepatutnya, termasuk membatalkan akaun Super Admin pada 2 November 2021 serta memaklumkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan membuat laporan polis pada 5 November 2021.

Dalam pada itu, laporan Ketua Audit Negara menyatakan semakan terkini daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati siasatan ke atas insiden tersebut masih berjalan.

Pihak Audit turut memberikan saranan supaya pengurusan keselamatan data dan aplikasi MySejahtera diperketatkan bagi mengekang serangan siber dan menjamin data penerima vaksin adalah selamat.

Sumber: Laporan Ketua Audit Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY