Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Modul Kamera Galaxy S9 Tertiris Membayangkan 2 Peranti Dengan Keupayaan Berbeza

Modul Kamera Galaxy S9 Tertiris Membayangkan 2 Peranti Dengan Keupayaan Berbeza

Diterbitkan Januari 29, 2018 oleh Wiser MY

Satu imej komponen telah beredar di ruang internet mengatakan komponen tersebut milik peranti Samsung, Galaxy S9 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Komponen yang dimaksudkan ialah modul kamera utama yang menampilkan dua rekaan berbeza.

Satu modul kamera memperlihatkan sensor dwi kamera manakala selebihnya menampilkan sensor kamera tunggal. Kedua-dua modul tersebut juga dilengkapi sensor pengesan kadar degupan jantung, lampuĀ flash LED, dan juga sensor pengimbas cap jari.

Modul Kamera Galaxy S9 Tertiris Membayangkan 2 Peranti Dengan Keupayaan Berbeza

Semua ini menguatkan lagi dakwaan yang Samsung mungkin akan memperkenalkan dua peranti Galaxy S9 dengan peranti bersaiz besar dipanggil S9+. Tetapan dwi-kamera sudah diaplikasikan pada peranti Galaxy Note 8 mereka dan ini merupakan peranti pertama dwi -kamera Galaxy S dari Samsung.

Samsung sebelum ini memperkenalkan peranti Galaxy S8 dan S8+ dengan S8+ hadir dengan spesifikasi lebih hebat dari Galaxy S8 bersaiz normal. Perkara itu nampaknya akan diteruskan oleh pengeluar dari Korea Selatan itu dan kali ini mereka pasti akan menekankan ciri-ciri kamera yang lebih baik untuk Galaxy S8+.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
©2026 WISER.MY