Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxresdefault (1)

Mod Potret Google Ditawarkan Kepada Lebih Banyak Telefon Pintar Android

Diterbitkan Januari 15, 2018 ยท Dikemas kini Januari 15, 2018 oleh Helmi Samsuri

Ramai sudah maklum mengenai kemampuan kamera Pixel 2 yang berjaya mencatatkan mata tertinggi dalam penilaian DxOMark.

Tidak seperti telefon pintar lain yang memerlukan dwi kamera bagi mod potret(kesan bokeh), Google membawakan ciri berkenaan pada Pixel 2 dengan menggunakan sistem pembelajaran mesin untuk membahagi serta menganalisa data dari sensor lensa tunggal mereka.

Mod Potret Google Ditawarkan Kepada Lebih Banyak Telefon Pintar Android

Kini dilaporkan, mod potret tersebut bakal dinikmati pengguna telefon pintar android lain menerusi aplikasi kamera pihak ketiga yang berjaya dibangunkan oleh pembangun.

Buat masa sekarang, aplikasi terbabit hanya berjalan pada peranti yang dipacu dengan cip pemprosesan Exynos dan bagi peranti Qualcomm, ia sedang diusahakan. Antara peranti yang telah diuji dengan aplikasi ini adalah Galaxy S7, S8 dan Note 8.

Menurut laman XDA Developers, ciri tersebut hanya berfungsi pada kamera belakang sahaja dan disamping itu, ciri HDR+ juga ditawarkan serta turut berfungsi dengan baik tetapi penggunaannya tidak begitu lancar.

Ia tidak ditawarkan pada Google PlayStore kerana tidak melalui sebarang ujian keselamatan platform tersebut dan hanya boleh dimuat turun dari forum XDA Developers.

Dengan adanya aplikasi pihak ketiga yang berjaya dibangunkan, ia memberi peluang kepada peranti yang mempunyai lens tunggal mendapatkan imej bokeh yang semakin popular ketika ini.

Sumber: XDA Developers dan Phone Arena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
©2026 WISER.MY