Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Netflix Arcane Cukup Berjaya, Tapi Tak Menguntungkan Riot Games

Siri Netflix Arcane Cukup Berjaya, Tapi Tak Menguntungkan Riot Games

Diterbitkan Disember 27, 2024 · Dikemas kini Disember 27, 2024 oleh Amsyar Latif

Siapa yang tidak kenal dengan “Arcane”, siri animasi Netflix yang mengadaptasi dunia permainan League of Legends. Siri ini berjaya memikat hati para penonton dengan cerita yang mendalam, animasi yang memukau, dan karakter yang kompleks.

Namun, di sebalik kejayaannya, tersimpan cerita tersirat. Riot Games, pembangun League of Legends dan Arcane, mengalami kerugian kewangan yang cukup besar dalam penghasilan Arcane.

Dengan bajet mencapai USD250 juta untuk dua musim, Arcane menjadi salah satu projek animasi termahal dalam sejarah. Meskipun Netflix telah menyuntik dana yang besar, serta adanya penjualan ‘merchandise’ yang cukup menguntungkan, pendapatan tersebut masih lagi tidak mencukupi bagi menampung kos projek.

Beberapa sumber juga mengatakan yang Riot Games tidak merancang dengan betul dalam mengatur strategi bagi pulangan modal setelah melabur sangat tinggi.

Proses produksi animasi berkualiti tinggi memang memakan modal yang cukup besar. Selain itu, Riot Games juga cukup agresif dalam melakukan pemasaran untuk mempromosi siri tersebut.

Jurucakap syarikat itu mengakui bahawa rancangan itu sendiri tidak menguntungkan tetapi menekankan manfaatnya yang lebih luas kepada perniagaan Riot Games, termasuk salah satu tempoh pendapatan tertinggi syarikat itu sejurus selepas tayangan Arcane.

Siri Arcane ibarat hadiah buat peminat LoL dan mendedahkan kepada orang baharu. Namun, ia sebenarnya agak sukar untuk mengajak pemain baharu. Tidak semua pandai memainkan permainan MOBA.

Walau bagaimanapun, League of Legends (LoL) masih lagi sebuah permainan paling popular di dunia selepas 15 tahun tetapi jumlah pemainnya semakin hari semakin menurun.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • WWE Network Akan Ditutup Sepenuhnya Pada 1 Januari 2025, Berpindah Ke Netflix
  • Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia FIFA Wanita 2027 Dan 2031 Di AS
  • Pengguna Apple Lebih Ramai Langgan Netflix Dan Amazon Prime Berbanding Apple TV - CIRP

Sumber: bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY