Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MIUI 9 Global Stable Sudah Mula Ditawarkan Kepada Mi 6 dan Mi Max 2

MIUI 9 Global Stable Sudah Mula Ditawarkan Kepada Mi 6 dan Mi Max 2

Diterbitkan Oktober 31, 2017 · Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pertama kali dilancarkan pada awal Julai yang lalu, penawaran MIUI 9 versi global stable boleh dikatakan agak lewat. Setelah 3 bulan lamanya, barulah Xiaomi mengumumkan MIUI 9 Global Stable akan ditawarkan, dimulai di India pada 2 November ini.

Nampaknya beberapa pengguna Mi 6 dan Mi Max 2 dinegara itu sudah mula menerima kemaskini tersebut lebih awal dari apa yang dijadualkan. Kemaskini sebesar 568MB itu diterima pengguna menerusi fungsi OTA dengan label MIUI V9.0.1.0.NCAMEI (Mi 6) dan MIUI V9.0.1.0.NDDMIEI (Mi Max 2).

MIUI 9 Global Stable Sudah Mula Ditawarkan Kepada Mi 6 dan Mi Max 2

 

MIUI 9 Global Stable Sudah Mula Ditawarkan Kepada Mi 6 dan Mi Max 2

Terdahulu, Timbalan Pengarah Pemasaran MIUI, Huang Longzhon, menjelaskan kebiasaannya versi stabil ditawarkan dalam masa dua bulan selepas pengeluaran versi pembangun, tetapi disebabkan MIUI 9 adalah sistem yang baru, ia mengambil masa yang agak panjang sedikit untuk menjadikannya stabil.

Pelbagai pembaharuan dibawakan menerusi MIUI 9 antaranya seperti ikon baru, animasi yang baru ketika membuka dan menutup aplikasi dan sistem yang dioptimumkan secara keseluruhan.

Selain India, masih belum ada maklumat tentang bila MIUI 9 versi stabil akan ditawarkan di rantau yang lain.

Sumber: Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY