Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia-studio-gpu-background-image-spec2-bb770_550-l (1)

MITI Pantau Firma China Guna Infrastruktur AI Tempatan

Diterbitkan Jun 20, 2025 oleh Amsyar Latif

Kerajaan Malaysia sedang menyemak laporan bahawa sebuah firma China mungkin menggunakan pusat data di Malaysia untuk memintas sekatan eksport cip AI canggih oleh Amerika Syarikat, lapor The Wall Street Journal.

Laporan itu mendakwa jurutera dari China membawa masuk cakera keras ke Malaysia pada Mac lalu bagi membangunkan model AI menggunakan cip Nvidia, dan kemudian merancang untuk membawa model itu pulang ke China.

Walaupun cip dan pelayan Nvidia tidak diklasifikasikan sebagai barang kawalan di bawah undang-undang Malaysia, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menegaskan mereka akan mengambil tindakan tegas jika terdapat pelanggaran undang-undang domestik atau peraturan antarabangsa. MITI juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan lain dalam memantau perdagangan barang sensitif seperti cip AI.

China pula menegaskan bahawa syarikatnya wajib patuh pada undang-undang tempatan negara beroperasi, namun membantah sebarang cubaan untuk memaksa negara lain menyekat hubungan dengan China.

Kes ini menyerlahkan bagaimana negara seperti Malaysia menjadi lokasi strategik bagi operasi teknologi tinggi, termasuk kemungkinan pemindahan cip Nvidia yang dikawal dari AS ke China. Dalam perkembangan berkaitan, tiga individu di Singapura telah didakwa berkaitan kes penyelewengan cip AI yang dilaporkan turut melibatkan syarikat AI China, DeepSeek.

Isu ini mencetuskan perhatian terhadap peranan Asia Tenggara dalam rantaian bekalan teknologi global di tengah-tengah persaingan teknologi antara AS dan China.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Nvidia Dilapor Akan Lancar Cip AI Blackwell Lebih Murah Untuk China
  • Maglev China Capai Kelajuan 650 Km/j Dalam 7 Saat

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY