Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Minat Terhadap EV Di Singapura Didapati Semakin Menurun

Minat Terhadap EV Di Singapura Didapati Semakin Menurun

Diterbitkan Januari 13, 2026 oleh ariff bukhari

Walaupun EV memacu pendaftaran kereta baharu dalam sembilan bulan pertama 2025 di Singapura, minat terhadap kenderaan elektrik (EV) di Singapura dilaporkan semakin menurun walaupun pendaftaran EV baharu meningkat.

Menurut kajian EY 2025 melibatkan 3,000 responden dalam laporan mereka mendapati, hanya 58% responden sahaja berminat membeli EV, sekali gus turun daripada 73% pada 2024.

Sebaliknya, 32% kini memilih untuk membeli kereta petrol, naik daripada 26% berbanding tahun sebelumnya.

Menurut EY, kebimbangan utama pengguna di Singapura ialah berkaitan kos penggantian bateri, kualiti dan keserasian pengecas awam, serta perbelanjaan tersembunyi pemilikan EV.

Trend global turut menunjukkan penurunan minat EV akibat perubahan dasar dan pengurangan program automotif.

Sebagai contoh, EY mendapati minat pengguna UK terhadap kenderaan petrol dan diesel juga didapati turut meningkat semula.

Sebaliknya, minat terhadap kenderaan elektrik bateri (BEV) menurun kepada 19% daripada 23%, manakala hibrid jatuh ke 19% daripada 27%.

Isu utamanya ialah kos awal yang tinggi, jarak pemanduan terhad dan kos penggantian bateri.

Cabaran pengecasan termasuk lokasi yang sukar dicari, masa menunggu panjang dan caj mahal juga antara punca pengguna di UK tidak memilih EV.

Walau begitu, 84% pemilik EV sedia ada di UK didapati mahu kekal membeli lagi EV sebagai kenderaan mereka kerana kesedaran alam sekitar dan kos bahan api.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang
  • Syarikat Jepun Lancar Gen-AI Khusus Untuk Industri Automotif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY