Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
milo malaysia peraduan fake_

MILO Nafi Tawar Hadiah Wang Tunai, Jangan Klik Pautan Yang Diragui

Diterbitkan Mac 30, 2023 · Dikemas kini Mac 30, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tular pautan di WhatsApp mengenai Peraduan MILO Malaysia Ramadan yang menawarkan hadiah wang tunai kepada orang ramai setelah melengkapkan borang soal selidik.

Terbaharu, MILO Malaysia menafikan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa pautan yang tersebar di aplikasi WhatsApp itu merupakan penipuan yang bertujuan untuk memperdayakan orang ramai.

Berkaitan

  • Kerajaan Peruntukan RM10 Juta Untuk Tangani Isu 'Scam'
  • Kementerian Panggil Telegram Untuk Bincang Isu 'Scam' Dan Keselamatan Pengguna
  • Lebih 1,700 Aduan Panggilan Scammer Diterima Setiap Bulan Setakat Februari 2023
  • Setiap Hari, 3 Guru Jadi Mangsa 'Online Scam' Tahun 2022

Lanjutan itu, pengguna diminta untuk tidak berkongsi, klik atau membuat sebarang pembayaran menggunakan pautan tersebut.

Untuk mengetahui peraduan terkini yang dianjurkan, pengguna boleh merujuk laman web rasmi MILO. Jika ragu-ragu atau memerlukan maklumat atau penerangan lanjut, hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestlé di www.nestle.com.my/contactus atau di talian 1-800-883-433.

MILO Malaysia

Bukan sahaja melibatkan isu ini, pengguna juga disarankan untuk tidak sembarangan menekan mana-mana pautan yang diragui. Dengan cara ini, ia dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini, seperti menjadi mangsa penipuan dalam talian dan menyebabkan kehilangan wang dari akaun bank.

Sumber: MILO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY