Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pastikan Ada 4 Butiran Maklumat Ini Jika Anda Mangsa Scam

Kerajaan Peruntukan RM10 Juta Untuk Tangani Isu ‘Scam’

Diterbitkan Februari 27, 2023 · Dikemas kini Februari 28, 2023 oleh ariff bukhari

Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) telah diperuntukkan sebanyak RM10 juta oleh Kerajaan bagi tujuan mengukuhkan peranannya dalam usaha menangani isu scam yang semakin berleluasa.

NSRC berperanan sebagai pusat operasi menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian.

NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi.

Kerajaan Peruntukan RM10 Juta Untuk Tangani Isu ‘Scam’

Kesemua organisasi tersebut akan bekerjasama dengan institusi kewangan dan akan mula beroperasi serta mengambil tindakan berpandukan kepada laporan-laporan yang diterima untuk menyekat akaun serta mengambil tindakan ke atas penjenayah.

Di antara penipuan kewangan dalam talian ini adalah memancing data (phishing), Macau scam, serangan perisian hasad (malware), penipuan penghantaran barangan atau bungkusan (parcel scam) dan love scam.

Berkaitan

  • Belanjawan 2023: Kerajaan Umum Kredit e-Tunai Belia Rahmah Sebanyak RM200
  • Belanjawan 2023: Cukai Golongan Berpendapatan Tinggi Naik Sekitar 0.5% Ke 2%
  • Belanjawan 2023: 50,000 Komputer Riba Untuk Sekolah Dan Institusi Pendidikan

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY