Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Microwave’ Huawei Menangi Anugerah iF Design 2024

‘Microwave’ Huawei Menangi Anugerah iF Design 2024

Diterbitkan Mac 14, 2024 · Dikemas kini Mac 14, 2024 oleh ariff bukhari

Huawei telah membangunkan alat pemancar gelombang mikro dengan keupayaan penghantaran merentas ruang, menyediakan pilihan untuk kawasan di mana produk komunikasi tradisional sukar digunakan, menjadikannya lebih mudah bagi penduduk di kawasan tersebut untuk mendapatkan maklumat.

‘Microwave’ Huawei Menangi Anugerah iF Design 2024

Dikenali sebagai XMC 80D, ia adalah peranti komunikasi yang menyokong rangkaian 5.5G serba baharu yang bertindak sebagai pemancar luar dengan reka bentuk inovatif  yang dilengkapi sinki haba dua sisi bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga.

Lengkung pemegang yang elegan memberikan pengalaman pemasangan yang selesa, mudah dan selamat.

‘Microwave’ Huawei Menangi Anugerah iF Design 2024
‘Microwave’ Huawei Menangi Anugerah iF Design 2024

 

Hadir dalam reka bentuk hijau, berkuasa dan mesra pengguna membolehkan produk ini menyediakan perkhidmatan komunikasi berkelajuan tinggi dengan mudah kepada masyarakat sama ada di kawasan bandar atau kawasan terpencil seperti gunung, hutan, tasik dan padang pasir.

XMC 80D ini yang memenangi anugerah reka bentuk iF Design 2024 di mana ia dijadualkan dilancar pada tahun 2024 ini dengan menyasarkan pasaran Afrika, Asia, Australia / Oceania, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Lenovo Bangunkan Robot Anjing Berkaki 6 Untuk Kumpul Data

Sumber: iF Design 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY