Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Bangunkan Robot Anjing Berkaki 6 Untuk Kumpul Data

Lenovo Bangunkan Robot Anjing Berkaki 6 Untuk Kumpul Data

Diterbitkan Mac 13, 2024 ยท Dikemas kini Mac 13, 2024 oleh ariff bukhari

Lenovo secara senyap-senyap telah membangunkan robot berkaki enam yang dipanggil Daystar Bot GS.

Robot itu dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun ini yang menjanjikan “pengumpulan data yang komprehensif” di mana-mana lokasi dan masa.

Robot itu dilengkapi banyak kamera dengan bahagian hadapan mempunyai sekurang-kurangnya tiga kamera pada “muka” robot.

Bahagian atas dan sisi bot juga menawarkan beberapa teknologi tambahan.

Lenovo Bangunkan Robot Anjing Berkaki 6 Untuk Kumpul Data
Lenovo Bangunkan Robot Anjing Berkaki 6 Untuk Kumpul Data
Lenovo Bangunkan Robot Anjing Berkaki 6 Untuk Kumpul Data

Bot Daystar terbaru Lenovo tidak bertujuan untuk berseronok di sekitar rumah seperti anjing peliharaan robo.

Laman Anugerah Reka Bentuk IF menyatakan bahawa bot itu direka untuk kegunaan perniagaan, sektor awam dan kerajaan di pasaran Asia.

Versi bot Daystar Lenovo sebelum ini telah diumumkan pada tahun 2020 lalu. Daystar Bot GS pula adalah versi GS baharu yang belum diumumkan di mana-mana di tapak sesawang mahupun akaun media sosial Lenovo.

Robot ini hanya didedahkan di laman iF Design 2024 selepas ia memenangi anugerah reka bentuk.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: iF Design

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY