Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows 11

Microsoft Tambah Baik Ikon Status Bateri Komputer Riba

Diterbitkan Januari 31, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft kini sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna melihat baki kapasiti bateri komputer riba dengan cepat melalui indikator warna.

Ciri ini, yang sebelum ini bergantung pada pengeluar, kini tersedia dalam Windows 11 Insider Preview Build 26120.3000 (KB5050103) melalui Dev Channel.

Microsoft Tambah Baik Ikon Status Bateri Komputer Riba
Bateri ditunjukkan dalam warna hitam, kuning dan hijau menunjukkan keadaan pengecasan yang berbeza.

Indikator warna baharu ini berfungsi seperti berikut:

  • Hijau: PC anda sedang mengecas dan dalam keadaan baik
  • Kuning: PC anda menggunakan bateri dalam mod penjimatan tenaga – ini berlaku secara automatik apabila bateri anda kurang daripada atau sama dengan 20%.
  • Merah: PC anda mempunyai bateri yang sangat rendah dan harus dipasangkan dengan pengecas secepat mungkin.

Selain itu, Microsoft juga memperkenalkan ciri untuk menunjukkan peratusan bateri komputer riba di sebelah ikon bateri.

Anda boleh mengaktifkan paparan peratusan bateri di sebelah ikon dengan pergi ke Settings > Power & battery > Battery Percentage.

Microsoft Tambah Baik Ikon Status Bateri Komputer Riba

Ciri ini ditawarkan terlebih dulu kepada pengguna Windows Insiders dalam Dev Channel. Jadi ciri ini belum tersedia untuk semua pengguna Windows 11 buat masa ini.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Versi Windows 11 24H2 Kini Turut Ditawarkan Kepada PC Windows 10 Yang Layak
  • Kemas Kini Windows 11 Teruskan Trend Bawa Masalah Pada PC

Sumber: Windows Insider Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY