Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Kembalikan Ikon Yang Hilang Pada Paparan “Desktop” Windows

Kemas Kini Windows 11 Teruskan Trend Bawa Masalah Pada PC

Diterbitkan Januari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft nampaknya meneruskan trend dari tahun 2024 lalu apabila kemas kini Windows 11 24H2, merupakan yang pertama untuk tahun 2025  menyebabkan pelbagai masalah pada PC pengguna selepas memasangnya.

Menerusi kemas kini KB5050009 untuk Windows 11 24H2, pengguna melaporkan ia telah menyebabkan pelbagai masalah, termasuk isu tiada output audio, sambungan Bluetooth tidak berfungsi, dan isu kamera web terbina tidak dikesan.

Masalah audio disebabkan oleh port USB DAC yang tidak lagi berfungsi, menyebabkan fon kepala tidak dikesan.

Sambungan Bluetooth juga tidak menghasilkan bunyi walaupun peranti disambungkan.

Selain itu, kamera web pada monitor Dell terjejas dan hanya boleh diperbaiki dengan pemasangan semula Windows 11.

Selain itu, pengguna telah melaporkan pelbagai masalah lain sejak kemas kini Januari 2025 untuk Windows 11 24H2 termasuklah:

  • Ralat pemasangan dengan kod ralat atau proses but semula yang berulang-ulang.
  • Sistem PC tergendala apabila menggunakan kombinasi kekunci Alt + Tab semasa sedang bermain permainan.
  • Ctrl + Alt + Delete dan Task Manager tidak lagi berfungsi.
  • Smart App Control secara salah menyekat aplikasi dan WSL (Windows Subsystem for Linux).

Tiada penyelesaian rasmi setakat ini, tetapi pengguna boleh mencuba menyahpasang patch atau menghentikan kemas kini automatik pada PC mereka.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Versi Windows 11 24H2 Kini Turut Ditawarkan Kepada PC Windows 10 Yang Layak
  • Bandingkan Panjang, Lebar Dan Ketinggian Kereta Dengan Laman Sesawang Ini

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY