Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ooops, Microsoft Tersalah Hantar Versi Kemas Kini Kepada Pengguna Windows 10

Microsoft Sahkan, Windows 11 Pasang Aplikasi HP Smart Tanpa Kebenaran Dan Namakan Semula Pencetak

Diterbitkan Disember 7, 2023 ยท Dikemas kini Disember 7, 2023 oleh ariff bukhari

Jika anda perasan aplikasi asing secara khususnya HP Smart dipasang ke dalam komputer tanpa pengetahuan anda, bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya.

Isu ini telah disahkan berlaku pada Windows 11 dan Windows 10 yang menyebabkan aplikasi HP Smart dipasang pada beberapa sistem tanpa kebenaran.

Selain itu, isu berkaitan menamakan semula pencetak daripada mana-mana pengeluar sebagai pencetak HP juga turut disahkan.

Kebanyakan pencetak akan dinamakan sebagai model HP LaserJet M101-M106.

Apabila diklik dua kali pada pencetak, ia akan memaparkan ralat pada skrin “No tasks are available for this page“.

Halaman sokongan kemas kini Microsoft menggariskan masalah tersebut, tetapi setakat ini tiada pembetulan tersedia bagi atasi isu tersebut.

Screen Shot 2023-12-07 at 11.09.54 AM

Walaubagaimanapun, pencetak anda sepatutnya tidak terjejas. Pencetak anda mungkin telah dinamakan semula tanpa kehendak anda, tetapi ia sepatutnya masih berfungsi.

Microsoft juga jelas menyatakan bahawa hanya PC yang mempunyai akses kepada Microsoft Store sahaja terjejas dengan isu ini.

Walaupun Microsoft telah mengesahkan isu itu, tetapi mereka tidak mempunyai pembetulan untuk pepijat pada masa ini. Microsoft sedang menyiasat masalah itu dan akan berkongsi kemas kini apabila ia tersedia.

Berikut adalah platform yang terjejas dengan isu ini:

  • Client: Windows 11, version 23H2; Windows 11, version 22H2; Windows 11, version 21H2; Windows 10, version 22H2; Windows 10, version 21H2; Windows 10, version 1809; Windows 10 Enterprise LTSC 2019; Windows 10 Enterprise LTSC 2016; Windows 10, version 1607; Windows 10 Enterprise 2015 LTSB
  • Server: Windows Server 2022; Windows Server, version 1809; Windows Server 2019; Windows Server 2016; Windows Server 2012 R2; Windows Server 2012

Berkaitan

  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Muat Naik Gambar, Video 'HD' Di Status
  • Acer Nitro V 16, Komputer Riba 'Gaming' Dikuasakan Siri AMD Ryzen 8040 Terbaru
  • AMD Umum AMD Siri Ryzen 8040 Baharu Dengan Teknologi AI

Sumber: Microsoft, Windows Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY