Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD AI

AMD Umum AMD Siri Ryzen 8040 Baharu Dengan Teknologi AI

Diterbitkan Disember 7, 2023 · Dikemas kini Disember 7, 2023 oleh ariff bukhari

AMD hari ini mengumumkan cip pemproses mudah alih terbaru, AMD Ryzen 8040 Series, dengan NPU Ryzen AI bersepadu pada model terpilih, yang membawakan lebih banyak PC AI canggih ke pasaran.

Untuk membolehkan pengalaman AI yang baik, AMD juga menjadikan Perisian Ryzen AI3 tersedia secara meluas untuk pengguna membina dan menggunakan model pembelajaran mesin dengan mudah pada PC AI mereka.

“Kami sangat teruja untuk melihat peranti berkuasa pemproses Ryzen 8040 Series dihidupkan dalam ekosistem Windows dan tidak sabar untuk melihat apa yang dilakukan oleh pembangun dan pelanggan dengan semua inovasi ini.” Pavan Davuluri, CVP Windows + Devices, Microsoft.

Siri AMD Ryzen 8040 adalah yang terbaharu menyertai portfolio pemproses Siri Ryzen dan dijangka tersedia secara meluas daripada OEM terkemuka termasuk Acer, Asus, Dell, HP, Lenovo dan Razer bermula pada suku pertama 2024 akan datang.

AMD menyatakan, Pemproses Ryzen terbaharu ini memberikan prestasi tertinggi untuk komputer riba ultra nipis dan memanjangkan hayat bateri melalui ciri pengurusan kuasa yang inovatif.

Acer pada hari ini juga telah pun mengumumkan komputer riba ‘gaming‘ terbaru mereka, Acer Nitro V 16 (ANV16-41) dikuasakan oleh Siri AMD Ryzen 8040 ini yang menyokong memori RAM LPDDR5.

Acer Nitro V 16, Komputer Riba ‘Gaming’ Dikuasakan Siri AMD Ryzen 8040 Terbaru
Acer Nitro V 16

Berkaitan

  • Berbaki Kurang 4% Untuk Capai Sasaran Liputan 5G - Fahmi
  • Apple, Google Sahkan Terima Permintaan Melibatkan Data Notifikasi Telefon Pengguna
  • Acer Nitro V 16, Komputer Riba 'Gaming' Dikuasakan Siri AMD Ryzen 8040 Terbaru

Sumber: AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY