Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Bakal Kurangkan 6,000 Pekerja, Pemberhentian Terbesar Sejak 2023

Microsoft Kini Syorkan Pengguna Matikan 2 Ciri Windows Ini

Diterbitkan Ogos 26, 2025 · Dikemas kini Ogos 26, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft kini menggesa pentadbir sistem (system admins) untuk melumpuhkan kotak dialog “Run” dan mengehadkan penggunaan alat baris perintah (Command) selepas  serangan ClickFix dikesan semakin meluas.

ClickFix ialah teknik serangan berasaskan kejuruteraan sosial di mana mangsa diperdaya untuk menyalin dan menjalankan arahan berbahaya (selalunya skrip PowerShell) melalui tetingkap Run atau carian Windows.

Serangan biasanya bermula dengan pop-up palsu kononnya masalah teknikal, lalu pengguna diarahkan menyalin kod tertentu dan menekannya, yang akhirnya mengkompromikan sistem.

Teknik ini menipu pengguna agar menyalin dan menampal arahan berniat jahat—biasanya ditampilkan sebagai penyelesaian seperti CAPTCHAs palsu ke dalam Run, Windows Terminal atau PowerShell mereka.

Selepas butang “Enter” ditekan, ia akan melaksanakan program berbahaya  seperti perisian hasad infostealer atau yang lain.

Microsoft Kini Syorkan Pengguna Matikan 2 Ciri Windows Ini
Rantaian serangan ClickFix yang tipikal.

Microsoft melaporkan bahawa ribuan peranti telah terjejas setiap bulan pada awal 2025, walaupun langkah keselamatan seperti EDR telah diaktifkan.

Serangan ini menyasarkan pengguna Windows dan macOS yang telah menyebabkan insiden kecurian data.

Microsoft Kini Syorkan Pengguna Matikan 2 Ciri Windows Ini
Contoh laman ClickFix dengan CAPTCHA palsu.
Microsoft Kini Syorkan Pengguna Matikan 2 Ciri Windows Ini
Contoh laman yang membawa pengguna ke ClickFix.

Microsoft memaklumkan, beberapa pelaku ancaman telah menjual pembina ClickFix (juga dipanggil “Win + R”) di forum penggodam popular sejak akhir 2024.

Ekoran itu, sebagai langkah pencegahan, Microsoft menyarankan pengguna beberapa tindakan drastik berikut:

  • Matikan kotak Run sepenuhnya (Win + R) dan buang pilihan Run dari Menu Start dengan memilih User Configuration > Administrative Templates > Start Menu and Taskbar > Remove Run menu from Start Menu.
Microsoft Kini Syorkan Pengguna Matikan 2 Ciri Windows Ini
Kotak dialog Run di dalam Windows.
  • Tidak melancarkan PowerShell dan binari Windows melalui Run.

Windows PowerShell

  • Hadkan akses kepada Windows Terminal.
  • Tetapkan PowerShell Execution Policy ke AllSigned atau RemoteSigned untuk hanya membenarkan skrip yang dipercayai.
  • Sekat laman sesawang daripada secara automatik menjalankan plugin Flash.

Microsoft turut memberi amaran bahawa ClickFix bergantung pada interaksi manusia untuk melaksanakan arahan berbahaya, menjadikannya sukar dikesan oleh sistem automatik biasa.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Microsoft Siasat Isu Kemas Kini Windows 11 Menyebabkan Data SSD Rosak
  • UTHM Antara 6 Universiti Lahirkan Bakat Siber Negara

Sumber: Microsoft Security Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY