Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Office 2019 Hanya Boleh Beroperasi Pada Windows 10 Sahaja

Microsoft Office 2019 Hanya Boleh Beroperasi Pada Windows 10 Sahaja

Diterbitkan Februari 2, 2018 oleh Helmi Samsuri

Semalam, Microsoft telah mengesahkan tentang penawaran Office 2019 bakal dimulakan pada pertengahan tahun ini.

Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, syarikat berkenaan turut menyatakan bahawa perisian itu hanya boleh dijalankan pada komputer yang beroperasi dengan Windows 10 sahaja.

Difahamkan lagi, versi beta mungkin akan dilepaskan sekitar bulan April hadapan. Microsoft turut menyatakan sokongan utama akan diberikan selama 5 tahun manakala sokongan lanjutan dikurangkan kepada 2 tahun, dalam erti kata lain, perisian ini akan dihentikan sokongan pada 2025.

Microsoft menggambarkan Office 2019 sebagai versi ‘sambungan’ kepada suite, yang membawa maksud, ia adalah perisian mandiri yang boleh dipasang di premis (bukan berasaskan awan) dan dibeli dengan bayaran sekali sahaja dan bukan dengan cara langganan.

Langkah penawaran untuk Windows 10 sahaja dilihat sebagai cara Microsoft mengajak pengguna sistem operasi lama beralih kepada platform baru yang dilengkapi dengan ciri terkini.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY