Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xbox Series S X

Varian Baharu Xbox Series S/X Akan Tersedia Oktober Ini

Diterbitkan Ogos 21, 2024 · Dikemas kini Ogos 21, 2024 oleh Amalina Athman

Microsoft pada Jun telah pun mengumumkan tiga pilihan konsol baharu – Xbox Series S 1TB (Robot White), Xbox Series X 1TB Digital Edition (Robot White) serta Xbox Series X 2TB Galaxy Black.

Kini, syarikat itu mengumumkan tiga pilihan konsol Xbox Series X/S tersebut akan tersedia di Amerika Syarikat bermula 15 Oktober, dengan pasaran lain akan menyusul pada 29 Oktober.

  • Xbox Series S 1TB Robot White – $349.99 (~RM1,532)
  • Xbox Series X 1TB Digital Edition Robot White – $449.99 (~RM1,970)
  • Xbox Series X 2TB Galaxy Black – $599.99 (~RM2,627)

Prapesan juga sudah pun dibuka bermula hari ini. Microsoft berkata pilihan konsol ini akan tersedia di pasaran yang disokong perkakasan Xbox sedia ada seperti Amerika Syarikat, Hong Kong, Jepun, Taiwan, United Kingdom, negara Eropah dan lain-lain, dengan ketersediaan konsol akan berbeza mengikut negara.

Sementara Argentina, Korea, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Turkiye, UAE serta beberapa negara lain akan terkecuali daripadanya.

Berkaitan

  • Call of Duty: Black Ops 6 Akan Tersedia Di Xbox Game Pass
  • Xbox Series X Kini Hadir Dengan Varian Digital, Warna Putih
  • Microsoft Naikkan Harga Langganan PC Game Pass
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: Xbox

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY