Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo Switch 2-3

CEO Xbox Sahkan Rancangan Bawa Permainan Xbox Ke Nintendo Switch 2

Diterbitkan Januari 28, 2025 · Dikemas kini Januari 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Nintendo baru sahaja mengumumkan Switch 2, dan walaupun belum ada permainan rasmi diumumkan untuk platform ini, pasukan Xbox dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan beberapa judul permainan besar seperti Diablo 4, Halo: The Master Chief Collection, dan Microsoft Flight Simulator.

Tambahan pula, Activision—syarikat yang kini dimiliki oleh Microsoft—telah komited untuk membawa siri permainan Call of Duty ke Switch 2 melalui perjanjian mereka dengan FTC.

Dalam satu temu bual baru-baru ini dengan Gamertag Radio, Ketua Xbox, Phil Spencer, mengesahkan sokongan penuh untuk Switch 2. Beliau turut mendedahkan bahawa beliau telah bertukar-tukar mesej dengan Shuntaro Furukawa, Presiden Nintendo, selepas pengumuman konsol baharu tersebut.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Furukawa-san. Saya juga berterima kasih kerana skrin Switch 2 lebih besar, yang sangat dihargai oleh mata tua saya,” kata Spencer dengan nada bergurau.

Beliau turut memuji inovasi Nintendo dan menyatakan keyakinannya terhadap kejayaan Switch 2, sambil menambah: “Nintendo adalah pasukan yang hebat dalam industri ini. Switch sangat berjaya, dan saya percaya Switch 2 juga akan menjadi fenomena.”

Sokongan Xbox untuk platform Nintendo adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk membawa lebih banyak permainan ke pelbagai peranti. Sejak awal 2024, Xbox telah mengumumkan rancangan untuk melancarkan permainan seperti Pentiment, Hi-Fi Rush, Sea of Thieves, dan Grounded ke platform lain termasuk PlayStation dan Nintendo.

Terdahulu, Microsoft telah mengesahkan yang konsol permainan mudah alih Xbox kini dalam pembangunan di mana Micrsoft memang merancang mahu menawarkan pengalaman Xbox dan Windows lebih baik.

Tidak pasti sama ada mereka akan melancarkan atau tidak konsol ‘handheld’ sendiri pada masa hadapan memandangkan Switch 2 akan menyokong permainan Xbox juga.

Berkaitan

  • Microsoft Akan Tamatkan Sokongan 3 Aplikasi Lapuk Mereka, Semua Pengguna Akan Beralih Ke Outlook Versi Percuma
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Microsoft Rancang Masa Depan 'Gaming Handheld' Gabungan Xbox Dan Windows
  • Microsoft Mungkin Bawa Permainan Xbox Ke PlayStation Pada 2025 - Penganalisis

Sumber: VGC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY