Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Copilot + OneDrive

Microsoft Mengalah Isu Pasang Ciri Baru OneDrive Ke Dalam Windows 11 Tanpa Kebenaran

Diterbitkan Ogos 10, 2026 · Dikemas kini Ogos 10, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas dikritik hebat berkaitan isu ciri baharu OneDrive Photos dalam Windows 11 tanpa kebenaran pentadbir IT, Microsoft akhirnya terpaksa mengalah.

Microsoft kini telah mula mempercepatkan usaha menambah dua ciri penting bagi mengembalikan kuasa kepada pengguna dan pentadbir.

Pertama, mereka akan melancarkan kawalan baharu yang membolehkan pentadbir menentukan sama ada pengguna boleh log masuk menggunakan akaun peribadi Microsoft dalam aplikasi Photos.

Fungsi ini dijangka mula tersedia pada Ogos 2026 dan bertujuan memastikan tadbir urus serta keselamatan peranti lebih terjamin.

Kedua, Microsoft turut menyediakan pilihan nyahpasang (uninstall) khusus ( untuk OneDrive Photos.

Dengan ciri ini, pengguna akan boleh membuang aplikasi tersebut tanpa menjejaskan fungsi utama OneDrive, termasuk penyelarasan fail dan simpanan foto.

Pilihan nyahpasang ini dijangka hadir pada September 2026.

Sebelum ini, tindakan Microsoft yang bertindak memasang pengalaman OneDrive Photos baharu menerusi kemas kini yang tidak diumumkan pada peranti tanpa sebarang permintaan daripada pasukan IT  dianggap sebagai gangguan kerana perubahan berlaku secara automatik tanpa kawalan organisasi.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Dolby Vision 2 Dilancar, Pengguna TV Hisense Terawal Terima Naik Taraf
  • Tablet Android HONOR Kekal Jenama No.1 Di Malaysia 2 Tahun Berturut-Turut

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY