Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google account_

Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember

Diterbitkan November 14, 2023 ยท Dikemas kini November 14, 2023 oleh ariff bukhari

Google telah pun mengesahkan bahawa ia akan mula memadam akaun Google peribadi tertentu mulai 1 Disember.

Pembersihan ini akan merangkumi hampir semua kandungan dalam servis mereka termasuklah Mesej Gmail, perpustakaan Google Photos, janji temu Google Calendar dan arkib Google Docs.

JIka anda masih ingat, pada bulan Julai lalu, Google telah pun menghantar e-mel yang memberi amaran bahawa pemadaman akaun ini akan bermula pada bulan Disember.

E-mel tersebut menyatakan bahawa mana-mana akaun yang dianggap tidak aktif akan menerima “beberapa e-mel peringatan” sebelum sebarang tindakan diambil.

Jadi, akaun pertama yang disasarkan pada bulan Disember ialah akaun yang dibuat tetapi tidak pernah digunakan lagi sejak itu.

Menurut Google, tujuan pembersihan ini dilakukan adalah atas sebab keselamatan terhadap akaun peribadi yang tidak aktif.

Lebih khusus lagi, pengguna yang tidak log masuk ke akaun Google mereka selama sekurang-kurangnya dua tahun.

“Jika akaun tidak digunakan untuk tempoh masa yang panjang, ia lebih berkemungkinan mudah terjejas,” Ruth Kricheli, Naib Presiden Pengurusan Produk di Google.

Alasannya ialah akaun yang kekal tidak digunakan untuk masa yang lama tidak akan menjalani pemeriksaan keselamatan biasa, berkemungkinan tidak akan mempunyai pengesahan dua faktor diaktifkan dan mungkin menggunakan kata laluan yang tidak selamat.

“Analisis dalaman kami menunjukkan akaun tidak aktif sekurang-kurangnya 10x berkemungkinan tidak menyediakan pengesahan 2 langkah daripada akaun aktif.” Ruth Kricheli.

Jadi, jika anda ada membaca atau menghantar e-mel menggunakan Gmail, menyimpan sesuatu dalam Google Drive, memuat turun aplikasi daripada Google Play Store, menambahkan foto pada Google Photos atau melakukan carian Google semasa log masuk ke akaun Google anda, kandungan berharga anda adalah selamat.

Lakukan Ini Segera Atau Kandungan Gmail Dan Photos Anda Dipadam Bermula 1 Disember

Jika anda hanya mempunyai satu akaun Google dan anda telah log masuk ke akaun itu dalam apa jua cara sepanjang dua tahun lepas, akaun Google anda selamat.

Tetapi, jika anda mempunyai berbilang akaun, sekarang adalah masa untuk menyemak dan log masuk kembali ke akaun tersebut.

Pastikan anda melakukan ini sekurang-kurangnya sekali setiap 24 bulan dan akaun anda serta kandungan anda, akan selamat daripada pemadaman.

Berkaitan

  • Google Akan Padam Akaun Tidak Aktif Lebih 2 Tahun, Mulai Disember Ini
  • Ini Senarai Tarikh Dan Model Telefon Pintar Galaxy Yang Akan Terima One UI 6.0
  • Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip

Sumber: Forbes, Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY