Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Hentikan Sokongan Utama Untuk Windows 8.1

Microsoft Hentikan Sokongan Utama Untuk Windows 8.1

Diterbitkan Januari 16, 2018 ยท Dikemas kini Januari 16, 2018 oleh Helmi Samsuri

Microsoft nampaknya mahu memberikan perhatian yang lebih kepada Windows 10 dengan pengumuman penamatan sokongan utama keatas sistem operasi Windows 8.1.

Apa akan berlaku kepada pengguna yang masih menggunakan Windows 8.1?

Anda boleh menggunakannya seperti biasa tetapi kemaskini penambahbaikan atau naiktaraf dan fungsi-fungsi baru tidak akan ditawarkan lagi.

Microsoft Hentikan Sokongan Utama Untuk Windows 8.1

Walaubagaimanapun, Windows 8.1 masih dilindungi dengan sokongan tambahan yang akan diberikan Microsoft dalam tempoh 5 tahun.

Ini bermakna, sekiranya terdapat masalah pepijat atau isu sekuriti yang kritikal, sokongan kemaskini akan tetap disediakan.

Langkah yang diambil syarikat teknologi terkenal ini adalah untuk menarik pengguna beralih kepada sistem operasi Windows 10 yang lebih kehadapan dari segi sekuriti, ciri, dan sokongan untuk fungsi yang lain.

Sumber: Microsoft

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
©2026 WISER.MY