Beberapa minggu yang lepas Microsoft Edge versi stabil telah ditawarkan pada platform Google PlayStore dan sejak itu, ia kian menarik perhatian ramai pengguna Android.
Menurut Google PlayStore, aplikasi pelayar internet berkenaan telah berjaya merekodkan lebih dari 1 juta muat turun.
Peningkatan angka muat turun mungkin disebabkan oleh rasa ingin tahu pengguna mengenai keupayaan aplikasi ini. Tambahan lagi, Edge versi mudah alih juga mampu disegerakan (synchronize) dengan Windows 10 pada komputer.
Walauapapun, ia hanyalah angka kepada muat turun sahaja, yang paling utama adalah berapa ramai pengguna yang akan terus kekal menggunakannya pada peranti mereka. Dilihat, aplikasi ini masih belum ditawarkan untuk pengguna Malaysia, mungkin Microsoft mengambil sedikit masa untuk menawarkannya secara menyeluruh.
Sumber: Windows Central
Berkaitan
- Pixel, Redmi K20 Dan Essential Phone Sudah Mula Terima Android 10
- Facebook Sediakan Tab Khusus Untuk Permainan Pada Aplikasi Android
- Tamagotchi Versi Baru Boleh Dimainkan Pada Android Dan iOS Bermula 2018
- Swiftkey Untuk Android Bakal Menambah Sokongan Pencarian GIF
- Lenovo Akan Memasang Aplikasi Microsoft Office,Skype dan OneDrive Di Dalam Peranti Android Mereka
- Gaurav Agrawal - Pemilik Imej Yang Menyebabkan Peranti Android Gagal Berfungsi
- Microsoft Tambah Ciri Import Jadual Data Menerusi Rakaman Gambar Pada Excel
- Android Messages Mungkin Disertakan Dengan Sokongan Mesej Web
- Cara Mudah Muat Turun Facebook Live Video Untuk Android Dan iPhone
- Senarai Telefon Pintar Yang Akan Dapat Kemaskini Android 9 Pie