Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11_toms hardware credit

Microsoft Dilapor Menaikkan Harga Lesen Windows 11

Diterbitkan Ogos 12, 2026 oleh ariff bukhari

Microsoft dilaporkan telah menaikkan yuran lesen OEM Windows 11 untuk pengeluar PC bermula Julai 2026.

Kenaikan itu pula mencecah purata 7 hingga 10%, sekali gus jauh lebih tinggi berbanding kenaikan kecil yang biasanya berlaku setiap tahun.

Keputusan Microsoft ini hadir selepas pengumuman tamat hayat bagi edisi Windows 10 LTSC serta pelarasan harga program ESU.

Struktur harga baharu ini juga bergantung kepada konfigurasi pemproses, di mana PC dengan CPU berprestasi tinggi dikenakan kadar lesen berbeza.

Microsoft Dilaporkan ‘Tak Kisah’ Pun Anda Guna Windows 11 Cetak Rompak
Buat masa ini, harga lesen bagi versi Windows 11 Home di Malaysia masih kekal RM919, manakala versi Widows 11 Pro pula berharga RM1,299.

Langkah ini pastinya akan memberi tekanan tambahan kepada pengeluar komputer OEM seperti Dell, Asus dan Acer, yang sebelum ini sudah berdepan kos perkakasan semakin meningkat termasuk SSD dan RAM.

Walaupun kenaikan lesen mungkin kelihatan kecil berbanding harga komponen, ia tetap menambah beban kos keseluruhan dan berpotensi terpaksa ditanggung pengguna.

Bagaimanapun, bagi sektor perniagaan, lesen komersial seperti Windows Pro atau langganan Enterprise E3/E5 tidak terjejas kerana ia beroperasi di bawah model berasingan.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Microsoft Dilaporkan 'Tak Kisah' Pun Anda Guna Windows 11 Cetak Rompak
  • Robocop Menjalankan Sistem Windows Dan Terminator Pula macOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY