Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fungsi Kata Laluan Di Microsoft Authenticator Akan Tamat – Ini Apa Anda Perlu Buat

Fungsi Kata Laluan Di Microsoft Authenticator Akan Tamat – Ini Apa Anda Perlu Buat

Diterbitkan Mei 14, 2025 · Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda antara pengguna servis Microsoft Authenticator, untuk menyimpan dan mengisi automatik kata laluan pada aplikasi dan laman web yang dilawati di telefon anda, Microsoft memaklumkan bahawa mereka akan menamatkan servis tersebut bermula Jun ini dengan tidak membenarkan lagi anda menyimpan kata laluan baru dalam aplikasi tersebut.

Seterusnya pada bulan Julai 2025, anda tidak akan dapat menggunakan ciri pengisian kata laluan automatik dengan Authenticator.

Kemudian mulai Ogos 2025, kata laluan yang telah disimpan anda tidak akan dapat diakses lagi dalam Authenticator.

Sebagai penyelesaian untuk penggunanya, Microsoft mencadangkan dua pilihan iaitu beralih ke Microsoft Edge, yang menyokong ciri pengisian automatik di Android dan iOS, atau mengeksport data anda ke pengurus kata laluan pihak ketiga.

Jadi, anda mempunyai tempoh hingga 1 Ogos 2025 untuk mengeksport data dari Authenticator sebelum ia dipadam secara automatik.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Astro Hargai Penjawat Awam, Tawar Pek Premium Serendah RM39.99/bulan

Sumber: Microsoft Support

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sasar Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Dilengkapi Teknologi Pintar
  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
©2026 WISER.MY