Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BM Astro KV_Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam

Astro Hargai Penjawat Awam, Tawar Pek Premium Serendah RM39.99/bulan

Diterbitkan Mei 14, 2025 · Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh ariff bukhari

Berita baik untuk penjawat awam kerana Astro kini melancarkan Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam sebagai penghargaan kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di Malaysia.

Pek ini menawarkan kandungan premium Astro dengan harga lebih berpatutan, termasuk Pek Entertainment Astro One pada harga RM39.99/sebulan dan Pek Sports Astro One pula hanya berharga RM69.99/sebulan.

Tawaran ini termasuk penjimatan besar sehingga RM960  beserta tontonan percuma kandungan kanak-kanak dan juga pemasangan Plug & Play percuma.

BM Astro KV_Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam
Para pelanggan dengan “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” juga akan menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak (RRP: RM9.99) dengan akses kepada 6 saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi.

Pek Entertainment menyediakan lebih 100 saluran termasuk program tempatan, antarabangsa, dan akses percuma Astro GO.

Manakala Pek Sports merangkumi siaran langsung sukan seperti Premier League, BWF, Liga Malaysia, F1, dan banyak lagi. Penjawat awam juga menikmati penjimatan sehingga RM960, pemasangan Plug & Play percuma, dan akses kandungan kanak-kanak percuma.

Para penjawat awam boleh mendaftar pek “Tawaran Eksklusif untuk  Penjawat Awam” bermula hari ini menerusi https://www.astro.com.my/penjawatawam atau menerusi WhatsApp di +60 3-9543 3838.

Bukti pekerjaan sebagai penjawat awam atau pesara  diperlukan semasa proses pendaftaran. 

Astro menyatakan bahawa mereka komited menyokong penjawat awam dengan memberikan nilai hiburan yang mampu milik sambil mengukuhkan hubungan dengan komuniti.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Astro Tawar Akses Percuma Saluran Khas 'SCREAM' Sepanjang Mei
  • CIMB OCTO Tak Akan Sokong OS Lama Mulai 25 Jun – Naik Taraf Sekarang

Sumber: Siaran media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY