Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Akan Ada MIUI Pure Mode, Tak Boleh ‘Sideloading Apps’

Posted on September 8, 2021

Salah satu punca ‘perang’ antara Android dan iOS dalam kalangan pengguna adalah disebabkan kebebasan menggunakan telefon. ‘Sideloading Apps’ atau memasang aplikasi daripada sumber selain gedung Google Play dengan mudah memang diminati. Itulah keseronokan serta keindahan bagi pengguna Android.

Bagaimanapun, Xiaomi kini dilaporkan sedang menguji sistem operasi MIUI Pure Mode yang mana keseronokan seperti dinyatakan diatas akan terhenti.

Ciri ini secara tidak langsung tidak membenarkan penggunanya untuk ‘sideloading’ aplikasi ke dalam peranti Xiaomi mereka sebaik sahaja “pure mode” diaktifkan. Namun, fungsi ini boleh diaktifkan atau dimatikan pada bila-bila masa sahaja.

Tujuan “pure mode” ini dicipta adalah untuk melindungi keselamatan dan dapat mencegah aplikasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Xiaomi menyatakan sebanyak 40% APK yang dimuat turun ke dalam telefon tidak melepasi pemeriksaan keselamatan dan 10% dikenalpasti sebagai aplikasi berisiko.

Buat masa sekarang, ia masih lagi diuji oleh beberapa pengguna beta di China dan belum pasti bilakah akan ditawarkan.

Sumber: ithome

Baca juga:

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang ZEISS T* Coating Pada Siri vivo X70
  • Mungkin Selepas Ini Telefon Pintar Ada Kemas Kini Sekuriti Sehingga 7 Tahun
  • Xiaomi 11T Pro Sah Akan Diumum Minggu Depan, Sokong Pengecasan 120W

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress